SaYe DEnGan Si Dia

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, August 6, 2011

ok! update jap pe aku buat mase terdekat nie...

hi korang semua......da lama x update blog nie kan... sori korang bz sangt hehe... korng pe kbr semua? cht? pe pe pom kite nak ucapkan selamat menymbut ramadhan al-mubarak k...:) JGN TGGAL POSE TAW!..heehehe..
ok,perkembangan terbaru kite kat sini bosan gile2... seb sekarang asyik jadik tukang masak je kat umah... keje part time kadang2 je... ok bosan gile seb keje full time xdpt ag... mungkin rezeki xde ag kot.. yela da bnyk kali p isi borang mintak nie...mtk tuh...still xdpt...dkt 20 keje adlh tapi 1 pom xdpt...sedih sngt... tula xdigelar graduate ag so susahla sikit org nak ambik keje... bilela agknya kite nie dpt keje...lmbt lagie ke... bosanla... huhu... lagi pom nak beli bnyak benda nie.. kete besar rumah besar ...sume besarlah hehehehe berangan pulak kite kat sinie... k lah nak chow da.... pepe pom korang jaga dirie k.... ALLAH sentiasa bersama org yg sabar kan?? tata :)

Tuesday, May 17, 2011

Andai aku adalah tulang rusukmu yang hilang

Andai aku adalah tulang rusukmu yang hilang
Aku berharap…

Jika nanti allah mempertemukan kita
Kau akan  selalu membimbingku
Agar aku menjadi  wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi  bidadarimu disyurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan didunia dan akhirat

Andai kau ditakdirkan  untuk menjadi ayah buat ankku
Jadilah ayah yang boleh mendidik  anak kita
Agar mereka nanti menjadi  anak kebanggaan  buat kita di dunia dan  akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang dapat menjunjung  tinggi agama allah

Andai kau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi  pemimpin yang baik  dalam rumah tangga kita
kau boleh mencintai  aku apa adanya
Dan boleh mengurus  kekuranganku  dengan penuh kebijaksanaan

Dan andai aku salah
Tegurlah aku  dengan kata-katamu  yang penuh dengan kelembutan dan  kebijaksanaan
Andai aku marah
belailah  rambutku dengan  penuh kasih sayang
agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

kerana……..
aku hanya mengharapkan  imam yang baik  dalam rumah tanggaku
yang selalu dapat membawa  aku ke jalan  yang diredhaiNya
jalan yang menuju  syurganya  bersama dirimu
buat bakal imamku….

selamat tinggal bialah ia menjadi kenangan...2007-2011

(17-05-2011) 3.38 am (selasa)
5tahun perkenalan kita...da tiba masa untuk kita berpisah...xsangka masa berjalan begitu pantas...tik tik tik da 5tahun walaupun hari semalam masih terasa...selamat tggal 'SAHABAT'.......pahit manis kita bersama.... saat sedih dan gembira akan ku kenang sampai bila2 ...terima kasih seb sudi menjadi sahabatku....terima kasih kawan2... terima kasih....walaupom masing2 dgn haluan masing lepas nie... aku akn kenang korng sampai bila2..tujuan kita sama hnya untuk mencapai 1 kejayaan ianya da berlalu,hope korng akn bahagia dgn hidup korng...pilihan korng....akn ku semat dlm hati sampai bila2... thnx korng...thnx... will miss u so much!!! love u all <3

i will miss u..:'(

Izinkan diri ku meluahkan rasa 
Maafkanlah aku andai kau terasa 
Biar ku paparkan apa yang terjadi 
Moga engkau tak ulangi 

Sungguh tak ku sangka kau berpaling tadah 
Setelah lamanya menjalinkan cinta 
Dalam diam-diam kau sudah berpunya 
Tanpa aku menyedari semuanya 

Aku mendoakan agar kau bahagia 
Bersama si dia insan yang kau suka 
Percintaan kita tak sampai ke mana 
Setakat di bibir saja sayang 

Kau bina mahligai dari air mata 
Yang jatuh berderai di wajah sepi ku 
Hancurnya hatiku bisa tak terkata 
Terhumban rasa diri ku 

Oh aduhai ku masih ingati 
Janji manis dan saat romantis 
Kau pinta ku supaya setia 
Akhirnya kau yang berubah 

Oh Tuhan ku tabahkan hati ku 
Temukan ku dengan ketenangan 
Jiwa ini dibelasah rindu tetapi apa daya ku 

Ku cuba pejam mata tapi tak terlena 
Kerana ku masih teringat pada mu 
Begitu payahnya nak ku melupakan 
Pernahkah engkau fikirkan oh sayang

Sunday, May 15, 2011

sumpah aku benci ko!!

BENCINYA kat ko!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
benci!!!!
benci!!!!!!!!!
BEnci!!!!!!!!!!
ko wat Hati PerempuanKu sakit!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, May 14, 2011

kenapa?

yatie!!! sedar x pe ko wat nie?? kalo die tahu mesti die kecewa!!! xbaek taw wat cam tuh!!! xelok!!!!! ko xpyh pk Ag da mende tuh k!! xelok...xbaek pk bukan2 kang xpasai2 gaduh.... kalo da jodoh xkemana k!!! biarlah die dgn diri die xyah hiraukan....doakan kebahagiaan die jela k... huhu... lek yatie...xyah da pk okeh!!! wat bodo sudey ko BOLEH! :)

Tuesday, May 10, 2011

perlu atau x perlu?

perlu ke aku bersedih?
perlu ke aku pk mcm tu?sdgkan die??ade pk aku??
perluke aku bersusahpayah susah hati?
perlu ke aku cube nak ambik hati die...tapi die??penah???
perluke aku sentiasa ingt n rindu die kalo die sebaliknya?
perluke??perluke???????????? :'(

Monday, April 25, 2011

Kenapa perempuan itu mudah menangis?

Kenapa perempuan itu mudah menangis? Allah berfirman: -

“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”


AKU WANITA...DANNN AKU MMG MUDAH MENGALIRKAN AIR MATA..*OT*

Thursday, April 14, 2011

ANDAINYA LELAKI TAHU...



Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

Tuesday, April 12, 2011

Cara pikat Hati PeremPuan!! lelaki JGn Terburu-buru!!



Jangan Terburu-buru…
Kebanyakan yang saya jumpa, ramai yang terburu-buru bila dia dah syok pada seseorang perempuan. Kalau boleh, masa tu la dia nak no phone, masa tu la dia nak mesej-mesej, masa tu la dia nak tanya macam-macam.

Rileks… Bertenang… Jangan kelam-kabut. Kita mesti cool… Kalau nak mintak no phone pun ada cara dia. Jangan main terjah terus. Perkenalkan diri dulu dan bagitau niat kita nak berkenalan.

Kalau dia sombong atau tak nak layan tu, maksudnya, dia sudah berpunya atau dia ada masalah lain yang dia tidak dapat nak terima kita.


Be Gentleman…
Yup! Be gentleman… Tunjukkan siapa diri kita. Kita lelaki, dan dia perempuan. Sudah pasti kita lagi kuat dari mereka. Sekiranya kita tengok dia perlukan bantuan, berikanlah pertolongan. Offerkan diri kita untuk tolong dia. Takkan nak tunggu si dia yang panggil kot. Tu ngada-ngada namanya…

Usik-usik la sikit…
Kadang-kadang kita perlu menggatai sikit… Puji la pasal tudung baru dia ke, kasut baru dia ke, make-up dia ke… Puji je apa-apa yang patut. Saja nak mengusik dia. Biar dia tersenyum malu gitu…

Kalau takde idea nak usik dia, cuba ceritakan something yang kelakar atau kisah kehidupan awak. Mesti dia tertarik untuk ambil tahu. Lagi-lagi kalau tambah adengan yang suspen siap ada ‘to be continued’ macam tu. Confirm dia akan tertanya-tanya dan suruh kita cerita lagi.

Mulut kena manis…
Kebanyakan lelaki kantoi dekat sini. Mereka tak tahu nak cerita pasal apa bila bertemu dengan perempuan. Bila terserempak je, mula la lidah kelu, otak jammed. Semuanya tak jalan.

Dekat sini kita kena pandai mencari idea untuk mulakan perbualan. Takkan nak dua-dua senyap membisu je. Dia pun akan berasa bosan nanti. Jadi, kita kena kreatif dalam berbicara. Lihat sekeliling dan ceritakan apa yang berlaku pada ketika itu.

Kalau masa tu korang dekat taman permainan, cakap la, “E…pandainya kontraktor ni buat buaian kan? Siap kaler biru lagi. Mesti masa kecik-kecik dia suka main buaian kan? Awak masa kecik-kecik suka main buaian tak?” Walaupun ianya tidak seberapa menarik, tetapi atleast dari situ kita akan mewujudkan daya untuk berbual.

Biar dia rindu…
Ha…ni tips yang menarik. Biar dia rindu pada kita. Bagaimana nak buat tu? Semasa korang asyik berSMS, cuba ambil satu masa atau satu hari tu, korang tak SMS dia langsung. Cuba lihat reaksi dia.

Adakah si dia akan SMS korang atau dia pun senyap je. Kalau dia SMS, maksudnya, bagus la tu. Mesti dia tengah sunyi dan rindu pada korang. Tetapi…kalau dia pun tak SMS, bahaya gak la. Maksudnya, kita hanyalah seorang insan yang biasa di hati dia lagi. Kena banyakkan usaha lagi.

Jadi…begitulah serba sedikit tips yang saya dapat kongsikan untuk artikel kali ini. Bagi kepada jejaka-jejaka di luar sana yang ada tips yang lagi bagus lagi, sila la berkongsi dengan kitorang semua. Boleh kita bantu rakan-rakan kita yang nak approch girl nanti.

Susah sanga ke Awk ?

Susah Sangat ke Awak..?
kisah aku dan dia..
saya kecewa dengan awak.
Saya cuba lupakan awak.
Tapi kenapa terlalu susah sangat untuk lupakan awak..

Saya nak perhatian awak..
Susah sangat ke awak nak beri saya sikit
PERHATIAN..
Bukan saya minta 24jam pun perhatian dari awak..
CUMA PERHATIAN..!! susah sangat ke awak..

Awak pernah minta saya faham diri awak..
Kerjaya dan kehidupan awak..
Tapi………….
Pernah awak cuba faham diri saya.. sejauh mana awak faham..
Pernah awak faham apa yang saya nak dari awak..

Saya dah cuba terbaik untuk faham diri awak..
Kerjaya dan kehidupan awak..
Tapi awak masih marah-marah saya, merajuk dan buat saya sakit hati..
Awak tak pernah nak mengalah..
Awak nak berdiamkan diri ,kalau kita ada masalah..

Saya tak kisah kalau awak tak pernah nak komen FB saya, macam pasangan kekasih lain..
Saya tak kisah awak tak publish status hubungan kita..
Saya tak kisah komen saya di wall awak tak reply..
Tapi saya sakit hati tengok komen orang lain rajin pula awak reply..

Kadang-kadang saya tertanya siapa saya dihati awak..?
Hina sangat ke saya dalam hidup awak..
Salah ke awak bercinta ..?
Susah sangat ke nak mengaku saya ini kekasih awak..?
Awak malu ek.. saya ini kekasih awak..

Ini ke dugaan pada pasangan kekasih bercinta..
Tapi saya tengok pasangan lain bahagia.
Tapi kita kenapa asik gaduh je..bermasam muka..

Bila awak balik bercuti pun awak tak pernah nak jumpa saya..
Tapi saya….
Bila ajak awak keluar ke.. or buat apa-apa ke..
Penuh dengan ALASAN..
Saya tak minta pun 24jam bersama saya..
Susah sangat ke awak..?

Bila saya Tanya awak sayangkan saya ke..?
Awak mesti Tanya balik saya atau diam atau awak bagi jawapan ehem……
Macam tu ke..?
Saya nak jawapan..bila saya merajuk tak pernah nak pujuk saya..
Patuh saya merajuk..sebab awak tak jawab soalan saya..
Salah ke soalan saya tu..?

Saya tak kisah awak nak berkawan dalam FB ke,
Di mana ke..
Tapi jangan lebih-lebih melayan sudah..
Sampai saya pun awak lupa..
Kekasih mana tak cemburu melihat awak bahagia bersama orang lain dari saya..
Siap bergambar lagi… saya simpan dalam hati..

Kalau awak dah tak sayang saya.. bagitahu saya..
INSYALLAH saya akan mengundurkan diri dari kehidupan awak..
Saya tak akan ganggu awak lagi.. JANJI AWAK BAHAGIA

Mungkin saya tak sempurana dan saya bukan kekasih
Impian awak..
Saya sedar diri saya ini banyak kekurangan..

Tapi bila awak tegur saya, saya tak marah awak .
Malah saya cuba berubah demi ORANG TERSAYANG.
Tapi kenapa awak tak boleh berubah demi perhubugan kita..

Bila saya keluar mana-mana..
Awak tak pernah nak ambil tahu keadaan saya..
Dari semasa ke semasa….tapi saya bila awak keluar saya akan
Tanya keadaan awak..
Dimana..?
Dengan siapa..?
Dah makan..?
Jangan notty.?
Jaga diri baik-baik..?
Ada awak tanya macam tu pada saya..
Ada TAK ..
Susah sangat ke awak..

Bayangkan awak di tempat saya..
Apa awak rasa ..? kalau awak rasa saya ini tak penting dalam hidup awak,,
Lepaskan saya dengan cara baik..
Hanya satu saya nak tahu.. SUSAH SANGT KE AWAK untuk buat ini demi saya…

Monday, April 11, 2011

Cinta itu boleh berubah-ubah...InGAtla Kawan2

Perasaan cinta tidak pernah kekal, malahan sentiasa berubah-ubah mengikut waktu. Perasaan cinta ketika kita di alam remaja berbeza dengan perasaan cinta sewaktu kita meningkat dewasa. Perasaan cinta tidak sama masa kita sedang bercinta dengan masa selepas kita mendirikan rumah tangga. Bahkan perasaan cinta berlainan antara sewaktu kita baru berkahwin dengan setelah kita dikurniakan anak-anak.


NAk DIJADIKAN cerita....perasaan cinta mase kapel pom leh berubah awak2 sume... mgKin dulu pkwe kite syg kite,cinta kite gile-gile... sampai tido pom xlena,mkn xknyang mandi xbasah ...hari2 duk ingat... mase mule2 kapel pom mmg setia hbs... bile mkwe merajuk pujuk... bile mkwe sakit.. susah hati...bile gaduh makan pom x..kekdg asyik duk terbyg jew...kkd Nak G mane2 Pom Bgtahu..kuar Kit bgtahu... nak Buat Sesuatu pom Mintak Pendpt Dan Persetujuan...TakoT KEna MaRAh...BIle hari mGGu kalo BOleh Nak Kuo Selalu...Bile Da Nak Balik Sedey seb da kena berpisah..... MakAn pom suap2...Bile Makan pe2 Nak share je.. sIkit2 Nak B'mnja kenkdg Xleh Berjauhan Lansung....... tu sume lumrah org bercinta... jadi pom kejap2 jew..bkn lame... da lame2 perassan tu berubah... dr syg jdik bOsankan?? kalo dulu leh tggu berjam2...skrg 5mnit lambat pom da  kena marah... niela tulah... sikit2 xkena....Kn?? kalo dulu nak tido pom susah seb gindu Org sInie..tapi skrg lantak ko lah kan??? Tol x? Sape2 Yg ade pngalAman mesti Tahu Kan?? So!! mende nie yg Sngt Aku takot!!! seb Lelaki nie cepat berubah Tapi pempuan lak Setia Nak Mati!!! so aku MInTak JAoh Sngt2 mende Nie XJadik kat aku....LINDUNgiKu YA Allah :)

Wednesday, April 6, 2011

Jam Budak Punk

Seorang budak punk mengajak kawannya datang ke rumah barunya. Dengan bangga dia menunjukkan ruang-ruang bilik dan hiasan rumahnya itu. Mereka berhenti di sebuah gong tembaga yang besar dan kelihatan menarik dan antik.

Kawannya bertanya, "apa benda ni? Kau budak punk pun boleh minat dengan dikir barat ke?"

"Menarik kan?" Jawab budak punk itu. "Ini bukan alat muzik lah bro. Ini jam bercakap."

"Jam bercakap?! Fuyohh! Bro, macam mana ia beroperasi? Sekarang pukul berapa, cuba kau demo sikit."

"Demo? Kau serius? Ok, tengok ni," kata budak punk itu lalu mengangkat gendang besi yg kelihatan berat sambil menghayun kuat menghentam ke tengah-tengah gong itu yg terus mengeluarkan bunyi yang kuat bagaikan boleh memecahkan gegendang telinga. 

Tiba-tiba terdengar jeritan di sebalik tembok rumah sebelah, "Hoi!!! Kau dah tebiat nak mampus ke apa hah?!!! Dah pukul 2 pagi lah biul. Tak tahu nak tidur ke?!! Sewel punya budak!"

"Ah! Dah pukul 2 pagi daaah," jelas budak punk itu.
Kawan dia cuma garuk kepala masih blur dan terkedu lagi nak cakap apa-apa.