Andai aku adalah tulang rusukmu yang hilang
Aku berharap…
Jika nanti allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu disyurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan didunia dan akhirat
Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat ankku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang dapat menjunjung tinggi agama allah
Andai kau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
kau boleh mencintai aku apa adanya
kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh mengurus kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan
Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
belailah rambutku dengan penuh kasih sayang
agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita
kerana……..
aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
yang selalu dapat membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
jalan yang menuju syurganya bersama dirimu
buat bakal imamku….