SaYe DEnGan Si Dia

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 17, 2011

Andai aku adalah tulang rusukmu yang hilang

Andai aku adalah tulang rusukmu yang hilang
Aku berharap…

Jika nanti allah mempertemukan kita
Kau akan  selalu membimbingku
Agar aku menjadi  wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi  bidadarimu disyurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan didunia dan akhirat

Andai kau ditakdirkan  untuk menjadi ayah buat ankku
Jadilah ayah yang boleh mendidik  anak kita
Agar mereka nanti menjadi  anak kebanggaan  buat kita di dunia dan  akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang dapat menjunjung  tinggi agama allah

Andai kau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi  pemimpin yang baik  dalam rumah tangga kita
kau boleh mencintai  aku apa adanya
Dan boleh mengurus  kekuranganku  dengan penuh kebijaksanaan

Dan andai aku salah
Tegurlah aku  dengan kata-katamu  yang penuh dengan kelembutan dan  kebijaksanaan
Andai aku marah
belailah  rambutku dengan  penuh kasih sayang
agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

kerana……..
aku hanya mengharapkan  imam yang baik  dalam rumah tanggaku
yang selalu dapat membawa  aku ke jalan  yang diredhaiNya
jalan yang menuju  syurganya  bersama dirimu
buat bakal imamku….

1 comment:

Cinta said...

Nice entri sis. Mohon letakkan backlink ke artikel asal di sini yea: http://pakarcinta.com/blog/andai-aku-adalah-tulang-rusuk-mu-yang-hilang